Tuesday, July 3, 2012

lama sungguh rasanya saya tak update blog saya ...emm...kadang2 hati mmg nak menulis tapi masa mencemburuinya...mood juga mempengaruhi..hari nie ada 14 syaaban beerti malam nie adalha malam nisfu syaaban...Alhamdulillah semoga sempat aku menyambut malam nie...sekejap ajer sudah menjengah bulan syaaban tak lama lagi masuk pula ke bulan ramadhan...cepat sungguh masa berlalu...itulah dikatakan kejadiaan alam..alam ciptaan ALLAH swt..malam nisfu syaaban malam yang dikatakan dimana buku2 amalan kita naik ke langit dan digantikan dgn buku yang baru...Tidak dapat di ketahui bagaimana keputusan kita dibuku tersebut..Hanya Allah yang maha mengetahui...setiap lebaran pasti ingin kan perubahan yang jahat kepada baik yang baik kepada lebih baik....sudah pasti semua ingin terbaik...Mari kita hidup & rebut peluang ini dimalam nisfu syaaban kerana :-
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

No comments:

Post a Comment