Tuesday, December 27, 2011



gelagat nawal radhiah ketika di kolam renang semasa bercuti di kuantan..bukan main seronok dia masa ini ..maklumlah dapat main kolam sepuas2nya

Thursday, December 15, 2011

spageti...memang mengikut selera ku..sedap..sampai tak pandang kiri kanan aku makan.hehehe..byk tempat dah aku rasa..yang nie aku rasa mmg menepati citarasa ku...simple but ada rasa..ewahh..mcm chef dalam masterchef...kalu kesempatan lagi memang nak pi lagi..makan sampai muak ..

Monday, December 12, 2011



nawal radhiah ketika berumur 4 tahun...anak umi dah besar sekarang ini ..doa umi agar anak umi jadi anak yang soleha...jangan sekali2 meninggalkan suruhan Allah..jaga adab..jaga tutur kata mu...jadi seorang wanita yang soleha serta di senangi..hormati lah orang2 yang kamu mesti hormati...ringankan lah tangan mu untuk membantu serta gunakan kecerdikan mu untuk ke arah kebaikan....umi doakan anak umi sentiasa dilindungi...amin





ketika nawal radhiah baru seminggu dilahirkan..mata dia yang sepet..kulitnya yang putih kemerahan ..berat dia ketika ini 3.5kg..berambut lebat hitam lurus..tak banyak kerenah ..asyik tido ajer masa ini....kelahiran nawal radhiah memang dinanti2 oleh keluargaku kerana dia merupakan cucu sulung dalam keluarga kami...maklumlah rumah mak abah dah lama tiada tangisan budak2..memang dia menjadi perhatian oleh makcik2 dan pakcik dia...serta dimanjakan oleh atuk dan nenek....untung anak umi..

nawal radhiah bersama abahnya...ketika ini abah dia duduk di taiping hanya sekali sekala ajer jumpa sebab nawal dan umi ada di Kl...ketika nawal baru 3 atau 4 bulan ..suka menangis...suka memerap dengan abah dia maklumlah jarang jumpa...manja...suka di dukung...

ketahui lah sayang..abah sentiasa menyayangimu..setiap langkah dan perbuatannya adalah untukmu sayang...sayangi lah abah mu...doakan lah ia bila kamu dewasa kelak...kasih abah sepanjang masa..hargailah ia..kerana ianya adalah abahmu yang amat mengasihimu...





nawal radhiah ketika berumur 3 tahun...seorang anak yang cerdik..petah berkata-kata...banyak soalan yang ditanya ..suka menolong umi dia di dapur...penghibur umi serta peneman umi..


Friday, December 9, 2011

Assalamualaikum…
Drama Soffiya dah sampai ke kemuncaknya.. Bagaimana akhir cerita drama Soffiya kita nantikan esok dan lusa yer… Rasanya ramai yang dah tengok iklan cerita baru kat tv3 yang akan menggantikan drama Soffiya ni kan…
Bermula 9 November 2011, drama Tentang Dhia akan mula bersiaran jam 7 petang setiap Isnin hingga Khamis dalam slot Akasia tv3. Drama 28 episod yang tajuk asalnya adalah Zikir Buat Dhia dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shilla, Izreen Azminda, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Rosnah Johari dan ramai lagi…

SIPNOSIS TENTANG DHIA
Tentang Dhia menceritakan tentang cinta dan simpati yang tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish).Dhia berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.
Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir?


cerita Dhia ini mengingatkan akukisah yang pernah terjadi...teringat ketika di hari perkahwinan ku..di malam berinai besar...selesai majlis aku dikejutkan dengan cerita yang amat membuatkan aku tergamam...seorang hamba Allah menceritakan aku ..pada malam ketika aku dan mr.hubby duduk di pelamin...hamba Allah ternampak kelibat 2 makhluk hitam yang cuba memasuki perkarangan rumah tetapi berjaya dipintas..bukan seorang yang nampak tetapi 2 atau 3 orang ...Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku...sampai sekarang aku masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar makhluk tersebut dan apa tujuan dia menghantar..cuma ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.....


Tuesday, December 6, 2011

Banyak peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini atau dipanggil Hari Aasyura. Diantara peristiwa yang paling utama adalah ALLAH SWT mencipta alam ini. Diantara lain adalah :
- Nabi Adam a.s dan Hawa dimasukkan ke dalam syurga.- Nabi Ibrahim a.s dilahirkan dan diselamatkan daripada dibakar hidup-hidup.- ALLAH SWT menengelamkan bahtera Firaun.- ALLAH SWT menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.- Terjadinya tragedi Karbala dimana kebangkitan perjuangan Hussain cucu Rasullullah SAW menegakkan Islam dan menentang kekufuran yang dibawa oleh Yazid Muawiyah.- Terjadinya kiamat pada hari Jumaat 10 Muharram.
Amalan-amalan yang dilakukan pada 10 Muharram;
1. Berpuasa pada 10 Muharram (seelok-eloknya berpuasa pada 9 & 10 Muharram).Fadhilat : ALLAH SWT menjanjikan penghapusan dosa kita bagi setahun.
2. Berlebih-lebihan berbelanja bagi kaum keluarga.Fadhilat : Sepanjang tahun tersebut ALLAH tidak akan menahan rezeki kepada kita Dalam erti kata lain ALLAH SWT akan berlebihan didalam memberi rezeki kepada kita.
3. Menggosok kepala anak yatim dan berbuat baik kepada mereka.Fadhilat : Bagaikan kita berbuat baik kepada anak yatim sejak dari Nabi Adam a.s.
4. Melawat mereka yang sakit.Fadhilat : Bagaikan kita melawat mereka yang sakit sejak dari Nabi Adam a.s lagi.
5. Memberi minum kepada muslimin-muslimat walaupun seteguk air.Fadhilat : Di Padang Mahsyar nanti ALLAH SWT akan memberi minum kepada kita dimana ketika itu mereka yang lain akan kehausan yang teramat sangat. 6. Berpuasalah secara berturut pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu dalam bulan Muharram.Fadhilat : Ganjaran pahala 700 kali ganda bagi setiap satu hari
10 Muharram - Hari Asyura


topik yang ingin aku perkatakan hari ini adalah mengenai rupa paras ...atau lebih dekat cantik atau kurang cantik....rata-rata manusia mmg suka kan kecantikan...pandangan kecantikan yang berbeza daripada pelbagai sudut...teringat tajuk yang aku bual kan bersama teman yang mana terdapat 2 kes yang berlainan tapi dalam topik yang sama...kes -1 ..seorang yang dianugerahkan rupa paras yang cantik..dipuji...di beri perhatian ..dan kes - 2 ..seorang yang kurang cantik...diketepikan..tiada perhatian....emm...cantik adalah kurniaan dari ALLAH swt dan juga ujian bagi mereka untuk menjaga kurnia ini...bagi yang kurang menarik..ALLAH tetap kurniakan kecantikan dari sudut yang berbeza...secara khususnya ..manusia di muka bumi ini dicipta kan oleh ALLAH swt adalah cantik kerana ALLAH swt sukakan pada kecantikkan...dan kita sebagai manusia jangan lah nak menjadi hakim pada ciptaan ALLAH ini...ALLAH maha adil...dia sayangkan umatnya...ALLAH berikan kecantikan pada dia sbb nak menutup kehodohan pada dia begitu juga sebaliknya....

bak kata mr.hubby..."cantik itu luas...kita hendaklah menilainya dalam sudut positif...jangan kita pula nak mengadili ciptaan tuhan...yang tau komen orang mcm nie lah..mcm itulah...kita sendiri pun tak sempurna.."YA betul abg...bak kata pepatah sebelum menilai orang lain..cermin diri dahulu...cantik pada akhlak ...cantik pada budi ....cantik pada iman ....


Aku amat tertarik dengan mutiara kata ini


BIARLAH KITA TIDAK DIPANDANG OLEH PENDUDUK DUNIA..TAPI KITA MENJADI PERBUALAN HEBAT PENDUDUK DI LANGIT