Wednesday, September 19, 2012

Dah lama rasa aku nak tulis tentang hal ini tapi tak tertulis rasanya...memandang hari ini kerja tak banyak...better aku menulis dalam blog kesayangan ku ini...
 
Alhamdulillah setelah kami berusaha selama setahun untuk menambah ahli keluarga kami...bulan jun aku disahkan hamil...begitu teruja nawal kerana dia memang tak sabar nak dapat adik..siap dah ajak umi pi beli barang adik dia...dia memang suka pergi tengok barang-barang baby...syukur..
Tapi semua itu milik ALLAH...ALLAH jua yang memberi & ALLAH jua mengambil semula ...akhirnya aku gugur genap kandungan ku 2 bulan...di bulan ramadan & di hari yang baik iaitu hari jumaat...menangis & sedih tak dapat diungkapkan...En.suami pun terbit wajah sedihnya...pada mula aku tak tau nak ceta kat nawal..tapi aku beritau dia"kakak..adik kakak ada dgn Allah tau".." napa adik pi kat Allah?" "sbb Allah sayang adik kakak..nanti Allah bagi adik ok..kakak kena doa banyak2 tau"..."ooo"tak tau lah nawal faham atau tak...tapi sampai sekarang dia cakap ada baby dalam perut umi....:)....memang pada mulanya aku rasa amat kecewa tapi setelah ku fikir...aku redha...Allah nak bagi yang terbaik untuk ku..AMIN....dan sekarang sudah sebulan lebih berlalu..aku pun dah abis pantang tapi dari segi pemakanan aku masih lagi pantang...aku mula mencari di internet ..pemakanan yang sihat dan persiapan untuk mengandung lagi...yelah kalau badan tak sihat macam mana nak mengandung lagi kan???....mudah2 an ada rezeki kami lagi ...
Buat masa sekarang aku amalkan makan asid folic....kerana ianya baik untuk persediaan badan untuk mengandung kerana Asid folik merupakan satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan.

Minum susu anmum...nie kerana susu anmum materna terdapat asid folic serta vitamin yang sesuai..memang nak termuntah gak minum tapi sebab ianya elok ..ku tahan jua...

Masih lagi makan ubat homeopati ..ini untuk bersihkan dalaman & sembuhkan sebarang luka serta pulihkan keputihan

Menjaga pemakanan...banyakan makan ikan yang di stim ..sayuran serta buahan..

Dan juga sentiasa berdoa pada Allah dan zikir padaNYA serta pastikan emosi serta fizikal berada dalam keadaan yang baik...

 

No comments:

Post a Comment