Wednesday, August 24, 2011

25 ramadan 1432H



Lagi 4 hari lagi umat islam di malaysia akan menyambut aidilfitri...sekejap saja ramadan akan meninggalkan kami...mudah2an segala amalan ku diterima oleh Allah swt...amin


dalam tempoh2 terakhir ramadan nie...semua shopping complex penuh dgn manusia2 yang berpusu2 membeli barangan untuk menyambut aidilfitri...jalan penuh sesak..parking juga terhad..huhu...kadang2 aku tengok mereka merebut2 membeli barang ..itulah dikatakan semangat nak raya...


mujur persiapan raya kami sudah dibeli awal2...tak sanggup kami nak meredah lautan manusia bershopping...tapi nak dijadikan cerita sabtu lepas iaitu 20ramadan..aku dan en.hubby pergi ke jaya jusco , wangsa maju..nak cari 'bow tie' & baju kemeja untuk 'Royal Dinner' nanti katanya...Ya Allah..sampai sana..punya ramai orang..kesian kat nawal..dia penat berdiri menanti abah dia mencari baju...aku pun tak larat nak dukung dia..sampai menangi2 dia..bila ditanya di dalam kereta napa dia menangis...dia cakap "umi kata nak beli kasut puteri untuk kakak"oooo...patutlah dia sedih ..."kasut tu tak ada saiz lah sayang...esok kita pi cari ok"...nawal..nawal...


esok 21 ramadan aku sekeluarga keluar pi ke 3 destinasi untuk mencari kasut nawal..dia inginkan kasut yang tinggi & ada gambar puteri...jenama "PRINCESS"..dah jumpa tapi x ada pulak saiz dia...akhirnya..cari punya cari kami jumpa kasut yang dia nak ...nawal pun suka...sekarang pun kalu tido siap bawa sekali kasut dia...bukan main sayang dgn kasut dia...


bila tengok gelagat nawal teringat sewaktu aku masih kecil dulu..ketika aku bersekolah rendah..selalunya bila lagi seminggu nak raya..abah akan bawa kami shopping di Batu Road , Supermarket atau Hankyu Jaya...masa tu lah yang paling seronok sebab dapat baju baru...kasut baru...tapi masa tu kami 5 orang adik beradik..selalunya aku sering mengalah untuk dibeli baju raya...bagi aku masa kalu tak ada pun tak apa..tapi abah jenis kalu boleh semua anak dia dapat baju baru..yelah harapkan abah sorang ajer bekerja...dalam hati biarlah adik2 yang dapat...huhhuhu...masa tu pulak kami pegi shopping menaiki teksi..berhimpit2 lah dalam teksi tu...selalunya setelah shopping kami mesti berbuka puasa di kedai makan sebelah chowkit...aku lupa lah tempat dia...tapi selalunya abah akan berebut2 mencari tempat duduk untuk kami semua..maklumlah semua orang nak berbuka..penuh semuanya...selalunya bila balik rumah..mesti masing2 mencuba baju & kasut baru...itulah memori raya yang tak dapat dilupakan...sekarang nie pun batu road supermarket pun dh x ada...kalu sesekali pi sana mesti teringat...


Selalunya kami beraya dirumah arwah nenek di selayang...selalunya 2 hari sebelum raya arwah tok busu akan ambik kami di rumah bawa ke rumah nenek...abah masa tu kerja tak tentu masa...kadang2 satu hari raya pun kerja...kalu nasib pun dapat 1 hari ajer cuti...kalu kat rumah nenek kami rasa meriah walaupun kami tak ada sepupu tapi kami adik beradik dah gamatkan suasana rumah nenek...nenek mesti sediakan bunga api untuk kami...seronok sangat masa tu..rindu dengan nenek..ALLAH....sehari sebelum raya selalunya kedai nenek akan sibuk dengan orang nak kelapa...aku lah yang menolong mak masak dia dapur..selalunya mak masak rendang ayam, sambal kacang , rebus ketupat & nenek selalu masak puding kastard jagung..sedap...malam tu pula kami sibuk isi kuih muih dalam bekas & tolong pasang langsir ..kemas rumah nenek..seronok sgt masa tu...


Pagi2 raya nenek akan kejut kami bangun..mandi sunat aidilfitri & sembahyang..nanti lepas sembahyang raya..sedara mara semua berkumpul rumah nenek..dan kami akan beramai jalan raya..esoknya pulak hari raya ke-2 kami akan ke melaka..beraya sakan di sana..berlumba2 sapa dapat kumpul duit raya paling banyak..winduuuunya


sekarang nie aku pulak melihat anak aku melalui saat2 indah menyambut ramadan & aidilfitri...


No comments:

Post a Comment